SugarBaby, Dik, akak ukur baju di badan sendiri!

KECOH seketika apabila budaya sugar daddy melibatkan mahasiswa diperkatakan oleh media, baru-baru ini.

Budaya mengikis harta lelaki bukanlah memeranjatkan, sebaliknya telah berlaku sejak lama dahulu kerana keinginan seorang wanita untuk hidup mewah.

Dunia era teknologi yang serba serbi mahu dipaparkan di media sosial menjadi antara penyebab utama wanita muda memilih jalan hidup yang salah ini.

Apabila melihat rakan hidup mewah dengan kerap bertukar beg tangan, pakaian, aksesori, barangan kemas, kenderaan dan gajet, makan di restoran atau hotel, melancong ke luar negara serta menjalani kehidupan sosial yang ada kelas tersendiri menyebabkan wujudnya permintaan tinggi untuk mempromosi aktiviti sugar daddy.

Taraf hidup berbeza dan diskriminasi terhadap wanita yang menjalani kehidupan secara sederhana dan susah juga merupakan faktor golongan ini menjadi mata duitan. Ini kerana terdapat kumpulan yang hanya mahu berkawan dengan rakan setaraf dengannya.

Perasaan iri hati dengan kelebihan orang lain juga menyebabkan mereka memilih cara mudah untuk hidup senang setanding rakan-rakan. Mereka akan rasa tertekan dan memaksa diri untuk berada di kelompok asing, sekali gus merubah perwatakan, penampilan dan tingkah laku.

Menurut tinjauan laman temu janji terbesar di dunia, Seeking Arrangement, Malaysia berada di tangga ketiga dalam kalangan negara-negara Asia dengan 42,500 sugar daddy di belakang Indonesia (60,250) dan India (338,000) daripada jumlah keseluruhan 556,000 sugar daddy di rantau ini.

Terkejut papan iklan perkhidmatan ‘sugar daddy’ secara terbuka di Kuala Lumpur

Daripada jumlah tersebut, seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berdaftar dengan aplikasi Sugarbook untuk mencari banker yang boleh memuaskan kehendak untuk bermewah.

Hanya kerana mahukan gaya hidup mewah dan moden sehingga mereka terlupa mengenai perkara halal dan haram, dosa dan pahala.

Selain memilih jalan tersebut, terdapat juga golongan wanita yang sanggup berhutang dan membuat pinjaman peribadi hanya semata-mata untuk kelihatan mewah. Akhirnya, diri merana kerana ‘terpukul’ dengan bebanan membayar pinjaman sehingga diisytihar muflis.

Sekiranya diisytihar muflis, kehidupan akan semakin sukar serta nama akan disenarai hitam daripada membuat sebarang pinjaman, bekerja dan ke luar negara. Keadaan lebih sukar jika sudah berkeluarga yang pastinya banyak komitmen.

Rezeki bukan hanya pada RM

Oleh itu, lebih baik kita hidup dengan seadanya agar tidak menyesal di kemudian hari. Tidak perlu rasanya untuk rasa tercabar atau iri hati dengan kelebihan orang lain.

Percayalah, rezeki setiap manusia di dunia ini sudah ditentukan oleh Allah SWT dan ia tidak hanya perlu diukur berdasarkan wang dan harta sebaliknya perlu dilihat dalam skop lebih luas.

Ramai tidak sedar, mereka sebenarnya diselimuti rezeki yang tidak pernah putus seperti memiliki keluarga yang bahagia, sahabat yang baik, majikan yang memahami, kesihatan yang baik dan menikmati hidup yang tenang.

Persepsi yang salah ini perlu diubah agar masyarakat tidak hanya memberi fokus kepada duniawi sehingga sanggup menggadai maruah dan diri demi untuk mencapai cita-cita.

‘Sugar Baby’ Dedah Pengalaman Bagaimana Beliau Terjebak

Penularan Covid-19 di seluruh dunia banyak mengubah perspektif wanita terutama bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan atau masih tidak bekerja ekoran faktor ekonomi yang tidak kukuh. Terdapat juga mereka daripada golongan ini mula memberontak dan memilih jalan yang salah dan mudah untuk kelangsungan hidup.

Oleh itu, langkah terbaik untuk mencapai setiap impian adalah dengan berusaha dan tawakal. Mustahil rezeki datang bergolek tanpa kerja keras. Janganlah malu untuk bermula dari bawah kerana ramai sahaja wanita di luar sana berjaya membuktikan kejayaan mereka walaupun terpaksa merangkak dan berhempas pulas.

Golongan itu wajar dipuji dan dicontohi. Anda juga boleh berjaya dengan syarat buang ego, jangan segan untuk menimba ilmu sama ada secara formal atau tidak, rebut peluang untuk menambah kemahiran serta pupuk semangat untuk berjaya. Insya-Allah, rezeki itu luas.

Belajarlah hidup mengikut kemampuan kerana sifat cemburu, iri hati, dengki dan ingin bersaing dengan yang lain hanya akan menghitamkan hati anda. Jangan sesekali menjadi mangsa kepada nafsu yang akhirnya membebankan anda menyesal seumur hidup.

Pemerkasaan wanita

Sempena sambutan Hari Wanita 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tegas menyatakan, kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara.

Ini kerana wanita merupakan tonggak pembangunan negara yang paling penting dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.

Usaha tersebut secara tidak langsung mengangkat peranan wanita dalam memegang jawatan penting sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Pada masa sama, jurang antara lelaki dan wanita dapat dikurangkan. Golongan wanita harus merebut peluang ini untuk memajukan diri, sekali gus sebagai batu loncatan untuk berjaya.

Laluan sudah dibuka, cuma bagaimana untuk anda mengambil kesempatan dengan inisiatif kerajaan. Percayalah, mencari rezeki secara halal adalah jauh lebih baik dan pastinya diberkati. Jangan sesekali mengambil jalan singkat yang hanya memberi kebahagiaan sementara.

Malaysia Sarang 42,500 ‘SUGAR DADDY’, Ke-3 Tertinggi Di Asia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker