Spesies baharu cengkerik dinamakan sempena PM New Zealand Jacinda Ardern
WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, menerima penghargaan selepas seekor serangga besar dinamakan sempena nama beliau sebagai penghormatan.
Menurut laporan The Guardian, spesies baru cengkerik itu diberi nama Hemiandrus Jacinda kerana berwarna merah parti buruh dan ‘berkaki panjang’.
Prof. Ekologi di Universiti Massey New Zealand, Steven Trewick dan saintis yang menamakan serangga itu berkata, cengkerik itu seakan-akan mencerminkan sifat Perdana Menteri itu.
Pejabat Perdana Menteri menyatakan Ardern mengetahui perkara itu dan menyatakan beliau berasa sangat teruja dengan penghormatan berkenaan.
Jurucakap berkata, sebelum ini seekor kumbang dan lichen (organisma komposit yang timbul dari alga atau cyanobacteria) serta semut di Arab Saudi juga dinamakan sempena nama Jacinda.
Lebih daripada 100 spesis cengkerik terdapat di pokok, gua, semak dan kebun di pinggir bandar.
Seperti semua anggota kumpulan Hemiandrus, cengkerik Jacinda membuat liang di tanah, dari mana ia muncul untuk berburu pada waktu malam.
Spesies yang baru dijumpai lebih besar dan berwarna terang daripada 17 spesies cengkerik tanah yang sudah direkodkan.
Spesies Jacinda ini terdapat di hutan asli di Northland, Bay of Plenty, Waikato dan Coromandel.
Ia digambarkan dalam jurnal Zootaxa untuk pertama kalinya pada Jumaat sebagai ‘agak besar, berkaki panjang, berkilat dan kebanyakan berwarna jingga-merah’.
Trewick berkata, sangat mengagumkan apabila Jacinda berjaya menghindari daripada dijumpai sehingga sekarang susulan habitatnya agak dekat dengan daerah yang padat penduduknya serta ia bukan binatang yang kecil atau sukar dilihat disebabkan warna yang terang.
“Ini adalah bukti bahawa masa mempercepat perubahan persekitaran, kehilangan habitat semula jadi dan penurunan mendadak daripada biologi planet sekaligus kerja penemuan spesies baharu terus berlanjutan,” katanya.
Tetapi ketika Jacinda telah ditemukan, Trewick memberi amaran kemungkinan besar penurunan bilangan spesis itu dan menuju ke arah kepupusan.
Cengkerik diancam oleh pemangsa yang diperkenal pasti seperti tikus dan kucing malah kehilangan habitat disebabkan pengubahsuaian seperti tanah pertanian.
Kunci utama Jabatan Pemuliharaan untuk memulihara cengkerik adalah dengan mengklasifikasikannya mengikut spesies walaupun terdapat persamaan genetik dan jurang yang besar dalam pengetahuan mengenai habitat pengedaran dan ekologi mereka.
Ini memberi satu lagi persamaan antara cengkerik besar dengan Perdana Menteri iaitu kata Trewick,”Kedua-duanya penting bagi New Zealand.”
You must be logged in to post a comment.