New Zealand dijangka isytihar darurat iklim

New Zealand dijangka isytihar darurat iklim
Kerajaan pimpinan Ardern dijangka mengemukakan usul untuk mengumumkan darurat pada hari Rabu ini. – Gambar fail/REUTERS
PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dijangka mengisytiharkan darurat iklim sebagai simbolik meningkatkan tekanan memerangi pemanasan global.
Kerajaan pimpinan Ardern dijangka mengemukakan usul untuk mengumumkan darurat pada hari Rabu ini.
“Kami sering menganggap perubahan iklim sebagai ancaman besar bagi negara kami, dan ini adalah sesuatu yang harus segera kami lakukan,” kata Ardern, menurut stesen penyiar TVNZ.
“Sayangnya, kami tidak dapat mengemukakan usul mengenai keadaan darurat iklim di parlimen pada penggal terakhir, tetapi sekarang kami dapat melakukannya,” tambahnya lagi.
Sekiranya New Zealand menjalani darurat iklim, ia akan bergabung dengan negara-negara seperti Kanada, Perancis dan Britain yang mengambil jalan sama untuk memfokuskan usaha menangani perubahan iklim.
Penggubal undang-undang Jepun baru-baru ini mengisytiharkan darurat iklim dan komited pada jadual waktu yang tegas untuk pembebasan sifar bersih.

https://mykmu.net/2020/10/18/new-zealand-catat-jangkitan-baharu-covid-19/

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker