BERJASA bantah keras penganut Kristian dibenar guna kalimah Allah

Guna kalimah Allah jelaskan konsep ‘Trinity’ ubah makna sebenar

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 27 Rejab 1442H, Khamis – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) tidak bersetuju jika penganut agama Kristian dibolehkan menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Ketua Penerangan BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, pihaknya berpegang dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 yang telah membincangkan isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah.

Muzakarah terdahulu telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.



“Apabila dia (penganut Kristian) mahu menggunakan kalimah Allah dengan tidak mengubah makna yang dikehendaki syarak tiada masalah. Tetapi mereka nak guna kalimah Allah dalam bab nak jelaskan konsep ‘Trinity’ itu BERJASA tidak setuju.

“Dalam kitab injil dinyatakan ‘God the Father, God the Son and the Holy Spirit’. Jika mereka menggunakan perkataan Allah yang disamakan maksudnya dengan Tuhan maka ia menjadi ‘Allah sebagai Bapa, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci’. Ini mengubah makna sebenar kalimah Allah,” kata Ustaz Zamani ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika mereka menggunakan hujah untuk menjiwai keharmonian masyarakat majmuk dalam negara, ia sama sekali tidak bersesuaian.

Bila Melayu kembali bangkit



“Kerana perkataan bahasa Melayu adalah ‘God’ adalah ‘Tuhan’, bukannya ‘Allah’. ‘Allah’ itu kalimah bahasa Arab. Jadi hujah supaya menunjukkan keharmonian antara kaum itu tidak kena,” tegasnya.

Pada masa sama, BERJASA juga bimbang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian ini akan menimbulkan kekeliruan pada masa hadapan terutama di kalangan generasi muda.

“Kita bimbang ia akan mempengaruhi mereka yang tidak kuat ilmunya, kita bimbang perkataan Allah yang digunakan oleh Kristian, menyeleweng daripada makna yang sebenar,” katanya lagi.



Beliau menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya jelas dengan dasar dan agenda memperkasakan Islam yang perlu dibawa.

“Jangan kita gadai sesuatu yang amat penting dalam negara kita kerana agenda politik. Bila letak agenda politik lebih utama daripada syarak, inilah yang jadi.

“Kita hormati masyarakat majmuk, tetapi ada sempadan syarak yang perlu kerajaan pertahankan. Ini kena jelas. Kita mudah untuk bertolak ansur, namun dalam bab-bab syarak kita kena tegas,” katanya lagi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.



Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun, ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkannya

Mahkamah Tinggi Putuskan Penganut Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah ALLAH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker