Najib ‘petik’ kes SPRM berhubung pengunduran Xavier


Najib Razak menyindir pengunduran Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dari PKR hari ini.

Dalam catatan di Facebook, Najib merujuk kepada beberapa laporan berita mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menyaksikan Timbalan Pengerusi PKR Perak, M A Tinagaran ditangkap atas dakwaan rasuah bulan lepas.

“YB (Xavier) dikaitkan dengan kes SPRM pembantu serta kawan baiknya yang ditahan berkait kes rasuah di mana wang tunai RM1.2 juta disita, RM77 juta dalam akaun bank dibeku dan beberapa buah kereta mewah dirampas.

“(Itu) berita bulan lepas. Mungkin tiada kaitan,” tambah Najib di ruangan komennya.

Bulan lalu, Tinagaran ditahan oleh SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat untuk projek yang diberikan kepadanya oleh kementerian pada 2019.

SPRM berkata, lelaki yang ditangkap itu dikaitkan dengan bekas menteri berkenaan, tetapi Xavier kemudiannya menjelaskan bahawa Tingaran adalah “rakan keluarga terdekat”, bukannya pembantu beliau, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Xavier mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden dan anggota PKR pagi ini, dengan berkata, beliau akan terus berkhidmat untuk kawasannya dan menyokong kerajaan sekarang sebagai Ahli Parlimen bebas.

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Kuala Langat itu berlaku setelah dua wakil rakyat PKR yang lain, iaitu Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong, keluar daripada parti itu bulan lalu dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. FMT

Selepas Xavier, Azmin beri bayangan ‘1+1+1+… dan seterusnya’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker