Abim: Ordinan berita palsu buka ruang salah guna kuasa eksekutif


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) melahirkan kebimbangan dengan pelaksanaan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 bagi mengekang berita palsu yang masih menimbulkan banyak persoalan.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata integriti ordinan itu juga dipertikai kerana tidak diluluskan melalui persidangan parlimen.

“Justeru, tindakan kerajaan menggubal undang-undang ini dengan membelakangkan institusi parlimen adalah jelas berlawanan dengan prinsip semak dan imbang serta konsep pengasingan kuasa.

“Ini terutama sekali apabila undang-undang tersebut bersangkut rapat dengan soal kepentingan rakyat dan negara.



“Abim menilai penggubalan Ordinan Darurat terbaru ini, boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa pihak eksekutif untuk menguatkuasakan lebih banyak perintah dan undang-undang secara berleluasa pada masa akan datang tanpa melalui saluran semak dan imbang menerusi persidangan parlimen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu Muhammad Faisal berkata sidang parlimen wajar diadakan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Maka, di sini ia memberi justifikasi munasabah untuk sidang parlimen diadakan segera.

“Ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menzahirkan pandangan bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat,” katanya.



Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) 2021 memberi kuasa besar kepada kerajaan terhadap berita yang disifatkan tidak benar.

Beberapa undang-undang yang sedia ada seperti Akta Keterangan 1950 tidak tertakluk di bawah kesalahan di bawah Ordinan Darurat ini.

Ordinan Darurat membolehkan penyitaan harta benda dan membenarkan pihak polis meminta seseorang pesalah yang didakwa untuk mendedahkan kata laluan komputer mereka.

Mereka yang melanggar undang-undang ini boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara hingga setahun, atau kedua-duanya.



Kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa undang-undang itu hanya akan digunapakai bagi menangani “berita palsu” berkaitan Covid-19 dan darurat. Mk

Peguam bimbang kuasa besar kerajaan menerusi Ordinan Darurat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker