Suspek sanggup tidur bertemankan mayat di bawah katil

Sebaran :


PETALING JAYA – Polis menyifatkan suspek seorang yang kejam dan berhati kering ekoran sanggup tidur bersama suami dengan bertemankan mayat mangsa yang disembunyikan di bawah katil di bilik tidur mereka, sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, suspek telah mengaku tidur di atas katil yang menjadi tempat dia menyorokkan mayat mangsa.

“Pasangan itu tidur di atas katil, di bawah katil itu ada mayat mangsa yang disorokkan. Suspek dilihat betul-betul berhati kering dan mempunyai dendam yang mendalam terhadap mangsa.

“Bagaimanapun setakat ini kita masih menyiasat sama ada suami suspek yang berusia awal 40 an itu sudah tahu atau tidak kewujudan mayat tersebut di bawah katil berkenaan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.



Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pembuat kuih warga Indonesia tergamak membunuh rakan senegaranya dengan cara menghentak kepala mangsa di lantai sehingga mati sebelum menyorokkan mayat mangsa di bawah katil bagi melangsaikan hutang dalam satu kejadian di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada Isnin lalu.

Jelasnya lagi, setakat ini polis mendapat maklumat suspek berkemungkinan meminjam wang daripada pihak lain dan dia mungkin dipaksa pihak tersebut agar segera menjelaskan bayaran.

“Sama ada dia pinjam ah long atau rakan-rakan, itu kita masih siasat. Suspek memang dalam keadaan terdesak nak pakai duit untuk jelaskan hutang,” ujarnya.

Katanya, selain suspek, suaminya warga tempatan dan bekerja sebagai kru produksi turut ditahan bagi membantu siasatan.



Katanya, pasangan suami isteri itu direman selama enam hari bermula hari ini hingga 15 Mac. K Online


Sebaran :

Leave a Reply