[VIDEO] Kantoi Cuba Buat “Projek”..Tular Kereta ‘Bawa Lari’ Pihak Berkuasa
Kecoh di media sosial sejak malam tadi mengenai satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta cuba lari dari ditahan oleh pihak berkuasa.
Melalui rakaman yang dikongsi sebuah akaun Twitter @MirzaAmirin, kelihatan kereta itu turut ‘melarikan’ seorang anggota pihak berkuasa yang berpaut di bahagian hadapan kenderaan itu.
Melalui hantaran itu, dakwanya, kereta tersebut dinaiki sepasang kekasih yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh di kawasan tempat letak kereta di sebuah restoran makanan segera di Bangi.
VIDEO DIBAWAH:-
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/xOxiO99M/kantoi-cuba-buat-projek..tular-kereta-e28098bawa-lari-pihak-berkuasa_hd.mp4[/KGVID]
Katanya, pihak berkuasa telah datang untuk memeriksa kenderaan itu sebelum pemandunya bertindak melarikan diri.
Sementara itu seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Irfan berkata, dia dan beberapa orang penghantar makanan restoran itu turut cuba menghalang pemandu itu tetapi tidak berjaya.
“Aku dengan geng rider dah cuba nak halang tapi tak lepas, apa-apa pun nombor pendaftaran dah dapat, polis dah kesan alamat pemilik kereta di mana,” katanya.
Katanya, pemandu itu kemudian memberhentikan kenderaan tersebut sebelum kembali memecut laju sebaik sahaja anggota pihak berkuasa itu turun dari kenderaannya.
“Polis itu ok. Nasib baik pemandu berhenti sebelum keluar jalan besar, polis tu turun terus dia pecut, lampu merah pun langgar,” katanya.
Mirza pada ketika itu difahamkan sedang berurusan jual beli telefon bersama pelanggannya dan secara tiba-tiba berlaku kekecohan melibatkan anggota polis dengan orang awam di tempat kejadian.
“Saya ini orang berniaga online di Instagram jual telefon pula. Jadi untuk kepercayaan urusan jual beli, customer suruh saya datang untuk hantar telefon di lokasi yang dijanjikan.
“Setiap hari pastinya ada pihak polis yang melakukan rondaan dan memeriksa setiap kereta yang parking dekat sini. Tapi tak sangka pula berlaku kekecohan dekat tempat saya cari rezeki,” ujar Mirza
Difahamkan, semasa pihak polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan, ada sebuah kenderaan Perodua Alza berwarna biru dipercayai terparkir dalam keadaan yang mencurigakan. Tambah mencurigakan apabila tinted yang dilekatkan pada cermin kereta tersebut juga terlalu gelap sehingga tidak nampak apa-apa di dalamnya.
Apabila diperiksa secara dekat, pihak polis mendapati bahawa ada sepasang kekasih dipercayai dalam lingkungan usia remaja sedang berProjek dalam kereta tersebut. Selepas disahkan kantoi, pihak polis cuba menahan pasangan tersebut sambil dibantu oleh orang awam termasuk para rider McDonalds berkenaan.
Namun berlaku kekecohan apabila pemandu Alza tersebut bertekad untuk menghidupkan enjin keretanya kerana ingin meloloskan diri daripada tertangkap oleh pihak polis. Menambah kerisauan apabila seorang anggota polis yang cuba menghalang pasangan tersebut tersangkut di bahagian bonet hadapan kereta itu.
Walau bagaimanapun, anggota polis tersebut dilaporkan selamat turun dari kereta selepas pemandu Alza berkenaan berhenti di satu persimpangan. Berdasarkan info terkini, pihak polis berjaya mengesan alamat pemandu yang dipercayai asal dari Semenyih menerusi nombor pendaftaran kereta tersebut. Bagaimanapun, kes ini dikatakan masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu itu yang membahayakan nyawa orang ramai.
You must be logged in to post a comment.