Hubungan Zara Zya, Shuib direstui
Hubungan Zara Zya, Shuib direstui
“Apa yang pasti, saya terhibur dengan komen netizen dan wargamaya pada hari ini. Semoga semua sentiasa berfikiran positif dan mendoakan yang terbaik buat saya”.
Demikian ulas pelakon Zara Zya secara ringkas apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak, Shuib menjadi viral.
Malah, netizen punya seakan-akan merestui hubungan mereka dan mahu menjodohkan kedua-dua selebriti itu.
Pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini berharap agar netizen sentiasa berfikiran yang positif dan mendoakan yang baik-baik saja.
“Setiap kali saya memuat naik sebarang video atau gambar di media sosial, pasti ada yang menjodohkan. Tidak sangka pula perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat.
“Terpulang kepada peminat dan warga maya hendak meninggalkan sebarang komen, asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Semoga semuanya kekal positif kerana tidak mahu ada pihak yang terasa hati nanti.
“Selain Shuib yang mempunyai banyak hati untuk dijaga, begitu juga saya. Kami masing-masing ada kehidupan sendiri,” kata Zara kepada Harian Metro.
Pelakon berusia 36 tahun itu turut memuat naik paparan skrin artikel mengatakan netizen suka melihat mereka berdua di TikTok. Menerusi perkongsian itu, Zara memohon agar netizen berhenti menjodohkan dia dengan Shuib yang mempunyai kehidupan sendiri.
Terdahulu, Zara juga pernah di ‘kenenkan’ dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa. HM
Hubungan Zara Zya, Shuib direstui
Baca Artikel Menarik:
- Bedah bariatrik ada syarat elak risiko mati
- Tindakan Pas yang tidak menepati janji punca Muafakat Nasional sampai ‘surah akhir’
- Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad
- Imam didakwa bogel depan budak perempuan, simpan video lucah
- Filem animasi ‘Lightyear’ berunsur LGBT, petisyen haram filem ini dilancar
- Rachel Lee Dulu Pernah Digelar Simbol Seks Tahun 90-an, Kini Wajahnya Mengejutkan
- Ejai Aziz derita anu panas akibat disihir
- Azmin rapat dengan saya – Muhyiddin
- Sanusi Perlu Minta Maaf Pada UMNO, BN
- Tiada ‘lampu hijau’ dari PM buat Muhyiddin ‘jem’
- Anzalna berhabis demi gaya, tolak jenama tiruan
- Fiza Halim sangkal dakwaan tawar khidmat seks
- Licik permainan politik Bersatu – Razlan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET