MUAT NAIK ‘POSTING’ ANTI VAKSIN – LAMAN SOSIAL BEKAS PELAKON LELAKI DIPANTAU POLIS

Datuk Mior Faridalathrash Wahid sebagai Ketua Polis Perak

Akibat menyebarkan fahaman anti vaksin di media sosial telah membuatkan pihak polis memantau laman sosial miliknya seorang bekas pelakon lelaki terkenal

Menerusi laporan Kosmo, Datuk Mior Faridalathrash Wahid sebagai Ketua Polis Perak dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya akan meneliti kes dan membuat siasatan yang lebih lanjut sekiranya didapati hantaran yang dibuat pelakon berusia 48 tahun itu boleh menggugat keharmonian masyarakat. Kata Mior lagi, sehingga sekarang masih tidak ada laporan polis yang diterima berkaitan isu ini.

“Kita akan lihat perkara itu (hantaran di laman sosial), jika benar ia menggugat ketenteraman awam dan masyarakat, maka tindakan boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang.

“Setakat ini belum ada laporan lagi ke atas pelakon itu dan mana-mana individu. Jika ada, kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Isu yang membabitkan seorang bekas pelakon komedi itu katanya telah ‘viral’ dan menjadi bualan netizen apabila lelaki itu dilihat secara terang-terangan menolak suntikan vaksin Covid-19 yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Hantaran yang telah dimuat naik di laman sosial miliknya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal.

Didakwa larikan bini orang, pelakon ditahan polisĀ 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker