ADUN Sebatik keluar parti, Warisan lapor SPRM

KOTA KINABALU: Warisan meneruskan usaha untuk ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mengosongkan kerusinya dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pemudanya, Ismail Ayub berkata, partinya mahu agensi anti-rasuah itu menyiasat sebab Hassan meninggalkan Warisan, walaupun selepas menandatangani dan melafaz ikrar kesetiaan kepada parti itu.

Ismail berkata, Hassan secara terbuka menandatangani sejumlah dokumen, termasuk surat peletakan jawatan menyatakan beliau akan mengosongkan kerusinya jika meninggalkan Warisan untuk menyertai parti lain.

“Beliau menandatangani semua dokumen ini tanpa sebarang paksaan atau tekanan dan melafaz ikrar kesetiaan kepada Warisan yang dirakamkan dalam video,” katanya selepas membuat laporan di pejabat SPRM di Likas.

Tetapi kemudiannya, beliau berkata, Hassan mendakwa beliau terpaksa menandatangani dokumen itu kerana mahu menjadi calon pilihan raya Warisan bagi kerusi Sebatik di pantai timur Sabah.

“Jika anda lihat video itu, kami tidak nampak sebarang petunjuk beliau dipaksa atau diugut menandatangani dokumen itu.

Adun Sebatik umum keluar Warisan, jadi Bebas sokong GRS

“Jadi, kami mempersoalkan kenyataannya mengatakan beliau terpaksa berbuat demikian. Kami di sini untuk melindungi mandat pengundi Sebatik, yang bukan diberikan kepada Hassan, tetapi untuk Warisan.”

Ismail berkata, mereka menyerahkan dokumen dan bahan berkaitan kepada SPRM, termasuk video Hassan melafaz ikrar.

“Kami akan serahkan kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.

“Di pihak kami, kami akan menunggu arahan daripada pucuk pimpinan Warisan dan Setiausaha Agung, Loretto Padua Jr serta parti itu akan meneruskan langkahnya melalui kaedah undang-undang.”

Katanya, parti itu menghormati keputusan Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya menolak surat peletakan jawatan Hassan yang ditandatangani terlebih dahulu.

“Pada masa sama, kami mempunyai hak undang-undang untuk menyelesaikan perkara itu.”

Adun Sebatik umum keluar Warisan, jadi Bebas sokong GRS

Terdahulu, Warisan tidak berputus asa, walaupun selepas Kadzim menolak surat peletakan jawatan yang ditandatangani Hassan lebih awal, dengan Loretto berkata, parti itu akan mengambil tindakan undang-undang untuk memaksa speaker menerima surat peletakan jawatan wakil rakyat terbabit.

Loretto berkata, peguam parti itu mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan Hassan bersetuju meletak jawatan jika keluar parti, serta beliau menandatangani surat setia kepada Warisan secara sukarela.

Kadzim berkata, beliau tidak dapat menerima surat ditandatangani Hassan kerana ia “tidak efektif” di bawah undang-undang.

Peguam lain berkata, surat itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia melanggar kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

[VIDEO] Sumpah Setia Saya Terhadap WARISAN Tidak Sah Kerana Terpaksa – Adun Sebatik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker