Menteri kata hentikan label ‘kelas belakang’, Kalau begitu batalkan sahaja peperiksaan

 

PUTRAJAYA: Pengelasan pelajar mengikut prestasi akademik akan memberi kesan psikologi terhadap kanak-kanak sekolah, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin.

Beliau menekankan bahawa menggunakan label ‘kelas belakang’ terhadap pelajar tidak patut berlaku di sekolah, terutama pada peringkat sekolah rendah.

Katanya, adalah terlalu awal untuk melabel murid sekolah rendah mengikut kategori tertentu kerana pada peringkat itu mereka baru mula mengenali potensi diri.

“Secara peribadi, saya percaya setiap insan dicipta dengan kekuatan dan keunikan tersendiri, cuma terpulang sama ada kita menyedarinya atau tidak…

“Mungkin seseorang kurang menyerlah dalam pendidikan. Kita tidak tahu sejauh mana potensi mereka.

Cium Bibir Anak Beri Impak Psikologi, Ini Pandangan Pakar

“Sebab itu saya selalu menasihatkan supaya tidak menggunakan label ‘kelas depan’ atau ‘kelas belakang’ untuk pelajar kerana ini akan memberikan kesan psikologi terhadap anak-anak kita,” katanya dalam temu bual ‘Malaysia Prihatin’ dengan Bernama mengenai pencapaian kementerian itu, baru-baru ini.

Dalam konteks itu, katanya, kementerian akan memfokuskan pendekatan yang mengoptimumkan potensi pelajar bermula dari sekolah rendah, dalam usaha menghasilkan generasi yang yakin dengan keupayaannya sendiri.

Beliau berkata, fokus kementerian sekarang adalah untuk mencungkil potensi pelajar berdasarkan kekuatan mereka seterusnya mengembangkan bakat mereka.

“Ini antara ruang terbaik untuk kita, terutama bagi murid sekolah rendah. Kita melihat di mana kekuatan mereka supaya dapat dikembangkan dan mereka juga boleh menggunakannya sebaik mungkin.”

Dalam perkembangan lain, beliau berkata respons pelajar semakin tinggi berhubung Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari segi mereka yang berminat dengan program ditawarkan dalam bidang itu.

Katanya, kementerian mahu memastikan pelajar TVET mendapat pendidikan sejajar dengan pembangunan industri terkini.

Bubar Parlimen,PN perlu mandat baru – Zahid

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker