Bubar Parlimen,PN perlu mandat baru – Zahid

Zahid: PN perlu mandat baru, hapus label ‘kerajaan pintu belakang’

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memerlukan mandat baru bagi menghapuskan label “kerajaan pintu belakang”, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita mesti mendapat mandat baru sebagai kerajaan 12 parti bagi membuktikan bahawa ia bukan kerajaan pintu belakang,” katanya ketika ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim malam tadi.

Ini merupakan pertama kali ahli parlimen Bagan Datuk bercakap mengenai pilihan raya umum ke-15. Ia juga merupakan ceramah pertama yang diadakan bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang.



Zahid berjanji bahawa parti pemerintah akan merangka manifesto bersama sekiranya parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum baru diadakan.

“Kerana itu, pilihan raya kecil Slim adalah pertempuran penting, kerana ia akan berikan petunjuk sokongan pengundi,” katanya lapor The Malaysian Insight.

Gesaan yang sama disuarakan oleh pemimpin lain dari parti Melayu itu, termasuk Timbalan Presidennya Mohamad Hasan, Naib Presiden Khaled Nordin dan AHli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Lima parti, termasuk MIC, STAR, Bersatu, dan PAS – dilaporkan telah bergabung secara rasmi dengan PN.



Kerajaan PN terdiri daripada 12 parti, namun tidak semuanya bersetuju untuk bergabung secara rasmi dalam gabungan itu pada PRU15 akan datang.

12 parti dalam kerajaan PN itu adlah Bersatu, BN (Umno, MCA, MIC, dan PBRS), PAS, GPS (PBB, PRS, PDP, dan SUPP), PBS, dan STAR.

Pada 30 Julai, Zahid berkata Umno akan menjadi sebahagian daripada kerajaan PN tetapi tidak akan menyertai gabungan parti pemerintah PN. Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker