Anwar dapat perkenan mengadap Agong
Beberapa sumber PKR memberitahu bahawa pihak istana telah memberikan perkenan kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk mengadap pada pukul 2.30 petang hari ini.
Pertemuan itu dijangka berlangsung di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, bagaimanapun, mengatakan dia tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.
Perkembangan ini hadir di tengah krisis perlembagaan yang antara kerajaan Perikatan Nasional dan pihak istana.
Agong pada hari Khamis (29 Julai), melalui Istana Negara, secara terbuka menegur kerajaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat dan bertindak tidak mengikut perlembagaan berhubung pembatalan ordinan darurat.
Agong juga menyatakan dukacita kerana ordinan darurat tidak dibentang dan dibahaskan di Parlimen.
Susulan tindakan Umno menarik sokongan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kerajaan PN dilihat enggan membenarkan sebarang undian di parlimen kerana bimbang tidak mempunyai sokongan majoriti.
Ordinan darurat dapat dibatalkan sama ada melalui kerajaan dengan persetujuan Agong atau dibatalkan di Parlimen.
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.