(Video) : Jambatan MRR2 runtuh, 5 terperangkap


PETALING JAYA: Lima individu dilaporkan terperangkap dalam runtuhan melibatkan sebuah jambatan dalam pembinaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Pandan Indah menghala ke Ampang, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.58 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang.



“Makluman awal yang diterima, terdapat lima mangsa terperangkap
di dalam van kilang tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian. FMT

Padah merempit di DUKE, MRR2..Dua pelajar ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker