Tak cukup bukti, kata polis atas dakwaan rogol babit menteri Australia


CANBERRA: Polis Australia pada Selasa berkata, siasatan ke atas dakwaan rogol terhadap seorang menteri Kabinet tidak dikenal pasti ditutup selepas pihak berkuasa mendapati tiada bukti mencukupi.

Minggu lalu, beberapa penggubal undang-undang pembangkang Australia berkata, mereka menerima surat memperincikan dakwaan rogol terhadap seorang menteri lelaki sebelum beliau memasuki Parlimen.

Perdana Menteri, Scott Morrison berkata, dakwaan itu dirujuk kepada Polis Persekutuan Australia (AFP) , walaupun menteri itu “menafikan sekeras-kerasnya” dakwaan itu dalam satu perbualan bersamanya.

AFP berkata, mereka tidak akan menyiasat kerana tidak mempunyai bidang kuasa dan polis di New South Wales (NSW) – di mana dakwaan jenayah itu dilaporkan berlaku pada 1988 – turut menolak akan meneruskan siasatan.



“Peranan AFP ialah berhubung, menyokong dan memberikan apa saja nasihat yang diperlukan kepada pihak mempunyai bidang kuasa dalam perkara ini,” kata Pesuruhjaya AFP, Reece Kershaw kepada Channel 9.

Polis NSW berkata, mereka membuat kesimpulan tiada bukti mencukupi.

“Pasukan Polis NSW memutuskan perkara itu kini ditutup,” kata mereka dalam e-mel.

Mereka berkata, mangsa tidak membuat kenyataan rasmi kepada mereka yang memperincikan perkara berlaku kepadanya sebelum wanita itu membunuh diri tahun lalu.



Polis NSW mendapat “dokumen peribadi” yang didakwa dibuat wanita itu, tetapi dinasihatkan dari segi undang-undang yang ia tidak mencukupi untuk meneruskan siasatan.

Walaupun keputusan itu bermakna Morrison tidak perlu menggantung menteri terbabit seperti dinyatakan peraturan Parlimen, ia tidak banyak membantu dalam mengurangkan tekanan terhadap kerajaan pimpinannya.

Bulan lalu, tiga bekas kakitangan parti pemerintah Liberal berkata, mereka dirogol seorang rakan sekerja tidak dikenali.

Seorang daripada mangsa itu yang mendedahkan dakwaan itu sudah membuat laporan polis.



Kerajaan pimpinan Morrison pada Selasa berkata, ia mewujudkan perkhidmatan talian bebas dan sulit 24 jam untuk kakitangan sedia ada dan bekas kakitangan melaporkan sebarang kelakuan tidak wajar. FMT

Letupan gegarkan Riyadh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker