PM Thailand gesa kaji sijil, pasport vaksin untuk pelancong


BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin Covid-19 untuk pengembara antarabangsa dalam usaha memulihkan industri pelancongannya yang terjejas teruk akibat pandemik itu.

“Thailand akan memantau keberkesanan dan impak vaksin Covid-19 dalam membendung penularan virus itu.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan Awam untuk menjalankan kajian supaya kita boleh bersedia dan bekerja selari dengan negara lain,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa terbabit akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai sijil atau pasport vaksin yang membuktikan bahawa seseorang pelancong telah mendapat vaksinasi lengkap selain persediaan bagi kuarantin kepada mereka yang memasuki Thailand dengan pasport vaksin.

Semalam, Menteri Pelancongan Pipat Ratchakitprakarn berharap pelancong dengan pasport vaksin akan dapat mengurangkan tempoh kuarantin wajib daripada 14 hari kepada tiga hari.

Berbekalkan pasport vaksin, beliau berkata Thailand mampu menyambut ketibaan sekurang-kurangnya 5 juta pelancong ke negara itu pada tahun ini.

Thailand hanya menerima sejumlah 6.7 juta pelancong asing tahun lepas, kebanyakannya pada suku tahun pertama sebelum larangan perjalanan dikenakan pada April berbanding hampir 40 juta ketibaan pada 2019. Bernama

Vaksin bukan ‘pasport’ melancong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker