Menteri ketawakan laporan dakwa PM bakal gugur pemimpin UMNO

Seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri tertawa apabila dimaklumkan tentang satu laporan mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal menggugurkan semua pemimpin Umno dalam Jemaah Menteri.

Laporan oleh laman blog berita itu menyusuli pengesahan Umno mengutus surat kepada PPBM memaklumkan tiada kerjasama pada pilihan raya umum akan datang, dan kebersamaan dalam kerajaan hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

“Tak tahu pula saya (tentang pengguguran itu),” kata Redzuan Yusof kepada FMT.

“Tak mungkin kecuali mahu tumbangkan kerajaan,” tambahnya sambil ketawa. Redzuan juga ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM.

Ia seterusnya mendakwa kedudukan Muhyiddin tidak akan terjejas kerana kedudukan perdana menteri dalam kerajaan darurat adalah “atas keputusan mutlak” Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, seorang lagi ahli MPT PPBM, Muhammad Faiz Na’aman, menganggap laporan laman blog itu sebagai “aneh”.

Mengakui beliau belum lagi baca laporan itu, Faiz mengingatkan FMT bahawa perbincangan pimpinan parti itu sehingga hari ini ialah “menjaga dan membuat perpaduan” dengan Umno.

“Kalau sumber itu tidak jelas, walaupun dia mendakwa diri daripada pihak parti, saya menganggap ia sebagai khabar angin yang tidak perlu diberi perhatian.”

Faiz juga berkata laporan itu tidak logik sebab pimpinan PPBM belum lagi bermesyuarat tentang keputusan Umno.

“Kami belum putuskan apa-apa berkenaan dengan Umno ini. Saya tak rasa kepimpinan parti akan buat keputusan seperti yang didakwa itu.”-FMT

https://mykmu.net/2017/01/24/kerjasama-dgn-bn-pulak-nak-selamat-malaysia-ke-atau-nak-selamat-diri-sendiri/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker