‘Saya sangkakan ada orang baling batu ke tingkap’



Sebaran :

Kuala Lumpur: “Saya sangkakan ada orang baling batu ke tingkap rumah, namun tidak menyangka ia cuma air hujan,”kata Inspektor K Kumaran,34.

Dalam kejadian 5.10 petang semalam, penduduk di kawasan Taman Tun Perak, Cheras terkejut dengan bunyi yang kuat disusuli hujan lebat.

Kumaran berkata, di pada mulanya menyangkakan ada individu yang membaling batu ke cermin tingkap rumahnya.



“Mula-mula angin kuat seperti dibut kemudian saya terdengar bunyi yang begitu kuat di cermin tingkap.

“Saya kemudian memeriksa dan mendapati ia adalah hujan air batu,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarga berada di dalam rumah.



“Kejadian itu sempat dirakam dan berlaku dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

“Ini adalah kejadian pertama berlaku dan saya tidak menyangkakan ia adalah hujan air batu yang sebenar,” katanya.


Sebaran :


Leave a Reply