Lelaki Ini Sanggup Panjat Tingkap Hospital Untuk ‘Lawat’ Insan Yg Istimewa Buat Ramai Sebak

Sebaran :

Tidak ingin berjauhan dengan ibunya, seorang pemuda Palestin sanggup memanjat tingkap hospital setiap hari dipercayai untuk melihat ibunya itu yang dimasukkan ke dalam wad setelah dijangkiti Covid-19.

Usaha pemuda yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti itu menyentuh hati ramai namun lebih menyedihkan apabila ibunya yang berusia 75 tahun itu disahkan telah meninggal dunia pada 16 Julai yang lalu, lapor Alaraby.

Menurut laporan Alaraby, Jihad memutuskan untuk selalu memantau keperluan ibunya , Rasma Salama, yang dipercayai dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu dan dia sama sekali tidak meninggalkan ibunya itu sehinggalah ibunya meninggal dunia.

“Jihad memanjat paip yang berada berdekatan dengan tingkap di bilik ibunya dan akan duduk selama berjam-jam di tepi tingkap tersebut untuk mengawasi ibunya,” kata seorang pegawai.

Jihad juga dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya kerana dia merupakan anak bongsu.

Gambar yang memperlihatkan Jihad sedang setia duduk di tepi tingkap sehinggalah saat kematian ibunya telah tersebar di laman sosial sejak Khamis lalu dan membangkitkan kesedihan dalam kalangan warganet.

Kawan-kawan, santuni emak kita sebaik-baiknya. Mereka sahaja ada kunci pintu syurga kita semua.

MW : Seandainya setiap anak lelaki mahupun perempuan berusaha menjaga kunci pintu syurga sehingga penghujung nafas mereka.. alangkah beruntungnya setiap ibu yang melahirkan. Ketahuilah, semakin rumit menjaga mak ayah, jika bersabar dan ikhlas semakin besar ganjaran pahalanya.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Inilah ujian allah yg paling teruk ..mashallah bila dah kena jangkitan penyakit ini.x dpy lah nak melawat atau jenguk hgga sampai penyakit tu pulih..kesian.

“Budak Palestine dah biasa dengan pergolakkan hidup di bumi tercinta nya dan setiap dari mereka punyai hati yg kental masalah covid ni pun dia rela hadap lagi pun hanya untuk berbakti buat ibu yg di kasihi memang tak jadi halangan langsung. Benda lain boleh di cari tapi kasih ibu hanya hayat masih ada sahaja.

“apa sangat pengorbanan seorang anak untuk panjat tingkap nak melawat ibu.. kalau aku pun sanggup.. entah sampai bila hayat ibu tu.. semoga Allah sembuhkan ibu dan memberkati si anak.
MB


Sebaran :

Leave a Reply