‘Tiada kerjasama’ ambil kira pandangan akar umbi, kata Ahmad Maslan

UMNO memaklumkan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang serta kebersamaan dalam kerajaan hanya sehingga bubar Parlimen dicapai selepas mengambil kira pandangan akar umbi.

Setiausaha Agung Ahmad Maslan berkata keputusan kontroversi itu dicapai selepas kepimpinan parti mempertimbangkan pandangan akar umbi secara cermat, dan buruk baiknya keberadaan dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin ketika rakyat berhadapan pandemik Covid-19.

“Sejak dari awal, Umno sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan media Presiden UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker