Cadangan tangguh pemilihan Umno adalah tidak benar

Umno tidak pernah membuat keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang sepatutnya diadakan tahun ini.

Menurut sumber parti itu, Umno sehingga kini masih kekal dengan pendirian pemilihan parti perlu diadakan.

“Setakat ini tidak timbul isu soal Umno ingin tangguh pemilihan parti tahun ini.



“Isu ini tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) walaupun ada yang cuba membangkitkannya,”

Terdahulu sebuah portal Suara TV melaporkan Umno dijangka menangguhkan pemilihan parti tahun ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka selepas tamat darurat pada 1 Ogos nanti.

Menurut sumber, usul penangguhan Pemilihan Umno 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat MT Umno pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, perbincangan dan keputusan mengenai usul tersebut ditangguhkan selepas Perhimpunan Agung Umno 2020 yang akan berlangsung akhir Mac nanti.



Berdasarkan Perlembagaan Umno, MT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baru.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno termasuk presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung Umno menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.

Pemilihan Umno perlu diadakan setiap tiga tahun dengan kali terakhir Umno mengadakan pemilihan ialah pada 30 Jun 2018. Tempoh mandat kepimpinan Umno sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021.

Sementara itu, Ahli MT Umno, Razlan Rafii, berkata sehingga kini dia dimaklumkan bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pemilihan parti tetap diadakan tahun ini.



“Ada saya dengar tak silap saya dalam satu siaran langsung, presiden selepas mesyuarat Janda Baik, dia masih nak teruskan permilihan tahun ini,” katanya. MK

Kenyataan media Presiden UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker