UMNO Perlis ambil pendirian berbeza, teruskan kerjasama dengan PPBM pada PRU-15

 

PETALING JAYA: Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim, mengumumkan Umno negeri itu akan meneruskan kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum ke-15, di sebalik keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno menamatkan kerjasama itu di peringkat nasional.

“Keputusan Umno Perlis ialah menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan semasa pilihan raya kami akan bekerjasama dengan semua parti politik Bumiputera – PPBM dan PAS,” katanya kepada FMT.



Beliau berkata Umno Perlis “akan bekerjasama dengan semua parti-parti politik Bumiputera semasa pilihan raya dan Perlis tidak mahu menjadi (negeri dikuasai) pembangkang”.

Shahidan, yang kebetulan pengerusi Kelab Penyokong PN, juga menegaskan kerjasama dengan PPBM dan PAS wajar untuk “memenangi pilihan raya.”

Hari ini, PPBM mengesahkan menerima surat daripada Umno memaklumkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bahawa tiada kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum ke-15.

Dalam surat itu, MKT juga memaklumkan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, bahawa kebersamaan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional adalah hanya sehingga Parlimen dibubarkan.



Shahidan berkata Umno Perlis belum dimaklumkan secara rasmi keputusan MKT itu dan berpegang kepada pendirian rasmi parti sebelum ini.

UMNO Perlis mantapkan kerjasama Pas, Bersatu

“Kami tidak tahu, tidak dapat maklumat, dan jika dapat maklumat kita akan buat mesyuarat perhubungan berhubung isu ini. Kita sekarang ini ikut keputusan mesyuarat lepas,” kata beliau.



“Kami tetap dengan pendirian bekerjasama dengan parti-parti politik Bumiputera,” kata beliau.

 

Selari pendirian kami

Sementara itu, Umno Perak berkata keputusan MKT selari dengan pendiriannya, mengatakan sejak awal lagi ia menegaskan tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU akan datang.



“Perkara ini bukan lagi rahsia, cuma bila ada surat ia jadi rasmi dan menjelaskan keputusan yang sudah dibuat Majlis Kerja Tertinggi. Semua pun maklum Umno memang tidak akan bekerjasama dengan PPBM,” kata Ketua Penerangan Zolkafly Haron.

Terdahulu, Pengerusi Saarani Mohamad memberi amaran kepada PPBM agar jangan ganggu kerusi Umno di Perak, sekiranya mahu penyatuan di negeri itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker