Covid-19 : 4214 kes baru hari ini dengan 10 kematian


Kementerian Kesihatan melaporkan 4,214 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 5,298 kes sehari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 4,280 pesakit sembuh dalam tempoh sama, menjadikan 170,329 ke pulih daripada keseluruhan 219,173 kes Covid-19.

Daripada jumlah kes baru itu, 4,205 kes penularan tempatan dan sembilan lagi kes import.

Sepuluh kematian yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 770 kematian.



Terdapat 48,074 kes aktif ketika ini, dengan 137 daripada 316 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Status Terkini #COVID19, 1 Februari 2021
Kes sembuh=4,280
Jumlah kes sembuh=170,329 kes
Kes baharu positif=4,214 kes (4,205 tempatan, 9 import)
Jumlah positif=219,173
Kes kematian=10
Jumlah kes kematian=770 kes
Kes dirawat di ICU=316 kes
Bantuan Alat Pernafasan=137



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker