Kilang roti, biskut guna logo halal tidak sah diserbu

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak mengesan sebuah kilang memproses makanan menggunakan logo halal yang tidak sah dalam Ops Halal di sebuah kawasan perindustrian di sini semalam.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman, berkata operasi dijalankan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) itu berdasarkan risikan dan maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kilang sedang beroperasi dengan memproses makanan iaitu roti dan biskut.



“Ketika pemeriksaan, pemilik premis gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saifullizan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kilang itu juga mendapati syarikat berkenaan ada menyimpan barang kawalan iaitu gula dan tepung gandum tanpa permit menyimpan barang kawalan berjadual yang sah.

Sehubungan itu anggota penguat kuasa menyita dokumen, barangan pembungkusan, bahan mentah dan pelbagai yang lain untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM37,613.

“Bagi kes mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, nilai keseluruhan barang rampasan adalah berjumlah RM21,623 dan barangan yang disita termasuk 400 bungkus biskut yang siap dipek menggunakan perbahasan halal, 24,000 unit beg plastik kosong roti yang menggunakan perbahasan halal dan 4,345 unit beg plastik kosong biskut yang menggunakan perbahasan halal.



“Kes disiasat kerana melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah yang sama jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan,” katanya.

Beliau berkata, bagi kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 pula, nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM15,990 dan barangan yang disita adalah tepung gandum 25 kilogram (kg) sebanyak 285 guni x 25kg, gula pasir 50kg sebanyak sepuluh guni.

“Kes disiasat di bawah seksyen 7(4) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu gagal mengemukakan lesen atau permit apabila diminta oleh pengawal bekalan berkaitan barang kawalan yang ada di dalam premis.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun dan kesalahan yang berikutnya denda tidak melebihi RM 3 juta atau kedua-duanya.



Zuraida: Perakuan sokongan pada Anwar mungkin dipaksa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker