10 Sebab Mengapa Rakyat Benci Kerajaan PN

1. Tahun lepas telah menyaksikan hampir seluruh rakyat bergembira meraikan kejatuhan Kerajaan PH kerana rasa amat tidak berpuas hati dengan pentadbiran dan prestasi selama 22 bulan mereka memerintah.

2. Namun, selepas hanya 12 bulan sahaja Kerajaan PN telah mengundang kemarahan dan kebencian rakyat.

3. Berikut adalah 10 sebab mengapa rakyat marah dan benci terhadap Kerajaan PN:

i. Kepincangan dan kelemahan Kerajaan PN menguruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga menyebabkan kekeliruan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) di kalangan rakyat dan para penguatkuasa.

ii. Pelaksanaan peraturan dan undang-undang yang bersifat dwi-standard yang membezakan antara rakyat dan para menteri sehinggakan terdapat menteri yang terlepas daripada tindakan undang-undang, SOP yang tidak terpakai untuk para menteri dan malah ada juga yang dibenarkan bercuti untuk melawat keluarga di luar negara. Rakyat yang hendak melawat ibu bapa sendiri di daerah yang berbeza pula dikenakan denda. Terkini timbul pula dakwaan pemimpin Kerajaan PN dan ‘kroni’ memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

iii. SOP PKP yang mengawal ketat sektor ekonomi ‘rakyat’ yang bersifat kais pagi makan pagi tetapi memberi kelonggaran kepada ekonomi ‘taikun’ sehingga mengakibatkan peningkatan kes harian COVID-19 yang amat tinggi.

iv. Ketelusan Kerajaan PN mengumumkan jumlah kes harian COVID-19 yang melaporkan tunggakan kes sebagai kes harian sehingga memberi gambaran yang salah mengenai situasi sebenarnya yang berlaku di dalam negara kita.

v. Kegagalan Kerajaan PN menguruskan ekonomi negara bukan setakat membawa pelaburan luar negara malah turut gagal mengekalkan pelaburan sedia ada sehingga mengakibatkan banyak syarikat antarabangsa memilih untuk berpindah ke negara jiran.

vi. Pengisytiharan Darurat yang kononnya untuk membendung penularan pandemik COVID-19 tetapi dilihat telah sengaja menggantung sidang parlimen sehingga mengakibatkan Kerajaan PN melakukan sesuka hati tanpa perlu dipertanggungjawabkan kepada parlimen.

vii. Tindakan Kerajaan PN yang berdolak-dalik dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat seperti pemberian i-sinar, pelanjutan moratarium dan pelbagai lagi sehingga perlu didesak berulangkali oleh pemimpin UMNO.

viii. Kegagalan Kerajaan PN memberi keadilan terhadap isu-isu yang diwarisi daripada Kerajaan PH memandangkan terdapat juga para menteri PN yang sebelum ini merupakan menteri PH. Isu seperti keadilan untuk Allahyarham Adib, isu Tabung Haji yang telah dirobek oleh Kerajaan PH, isu pendakwaan politik terpilih yang melepaskan pemimpin seperti Lim Guan Eng dan Azmin Ali tetapi mensabitkan kesalahan terhadap pemimpin UMNO serta pelbagai lagi seolah-olah dilupakan sahaja oleh Kerajaan PN.

ix. Integriti Kerajaan PN terutamanya YAB Perdana Menteri apabila terdapat pendedahan mengenai kelulusan sehingga RM puluhan juta bagi pembinaan dewan di Parlimen Pagoh dan dakwaan terhadap penglibatan ahli keluarga beliau di dalam tender bernilai lebih RM 1 bilion.

x. Prestasi menteri Kerajaan PN yang kelihatan seperti tidak efektif serta tidak menjalankan tugas yang sepatutnya seperti Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang menjadikan pejabat menteri seperti studio peragaan fesyen, Menteri Pendidikan yang membuat keputusan ‘flip-flop’mengenai pembukaan sekolah, dan yang paling utama adalah ‘kehilangan’ para menteri dan timbalan menteri daripada pandangan mata rakyat walhal terdapat sejumlah 71 ahli yang telah dilantik untuk berkhidmat untuk rakyat di kementerian masing-masing.

4. Sebenarnya terdapat lebih daripada 10 sebab mengapa rakyat marah dan benci kepada Kerajaan PN, tetapi apa yang disenaraikan ini merupakan antara yang mengundang kemarahan dan rasa benci yang paling menebal di kalangan rakyat.

5. Saya sekali lagi tetap dengan pendirian saya untuk mendesak YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyegerakan sidang parlimen supaya setiap isu yang dihadapi rakyat terutamanya melibatkan pengurusan krisis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi dapat dibahaskan secara kolektif oleh ahli dewan parlimen. Ini bagi memastikan bahawa setiap keputusan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan benar-benar bersifat untuk menguruskan krisis dan bukannya demi kepentingan politik dan peribadi.

Aziz Kaprawi

 

 

 

 

Najib pilihan PM ke-9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker