Joe Biden terpaksa gugurkan pencalonan Tanden

WASHINGTON – Rumah Putih pada Selasa menarik balik pencalonan Neera Tanden untuk mengetuai Pejabat Pengurusan dan Belanjawan.

Keputusan itu menjadi kekalahan peringkat pertama Presiden, Joe Biden untuk mewujudkan Kabinet yang terdiri daripada pelbagai warna kulit dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Menerusi laporan CNN, Biden dalam satu kenyataan memberitahu, Tanden meminta namanya ditarik balik dan beliau menghormati keputusan itu.

“Saya telah menerima permintaan Neera Tanden untuk menarik namanya dari pencalonan untuk Pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan.

“Saya sangat menghormati prestasi, pengalamannya dan nasihatnya. Saya berharap dia masih bersama dalam pemerintahan saya,” katanya.

Pengumuman itu dibuat setelah beberapa Senator utama mengatakan bahawa mereka akan menentang pencalonan Tanden, selepas ciapan Tanden di Twitter didakwa meremehkan dan mengkritik penggubal undang-undang.

Kritikan Tanden mencetuskan kontroversi dan lebih 1,000 ulang ciap terpaksa dihapuskan.

Sebelum ini, Biden daripada parti Demokrat pernah berjanji kepada para pengundi berkulit hitam di negaranya bahawa beliau akan mewujudkan Kabinet daripada pelbagai warna kulit.

Ketika menyampaikan ucapan kemenangan sebagai Presiden pada awal bulan lalu, beliau menjelaskan bahawa pengundi-pengundi kulit hitam berjaya menyelamatkan peluangnya untuk memegang jawatan tersebut.

Terus maju, lupakan Mahathir, kata pemimpin DAP kepada Amanah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker