Beli Harga Mangkuk Biasa, Tak Sangka Rupanya Mangkuk Porselin Dinasti Ming Bernilai RM2 juta

NEW YORK – Siapa sangka, satu mangkuk porselin yang dibeli dengan harga AS$35 (RM141.75) di pusat penjualan di Connecticut sebenarnya artifak Cina abad ke-15 yang sangat berharga dengan nilai AS$500,000 (RM2 juta) akan dilelong di Sotheby’s pada 17 Mac.

Pemilik yang enggan dikenali telah menghantar maklumat dan gambar menerusi e-mel kepada pusat lelongan Sotheby’s untuk membuat penilaian harga namun tidak menyangka harganya cukup lumayan, lapor AP.

Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Jabatan Seni Karya Cina, Angela McAteer, berkata, artifak itu sangat luar biasa dan istimewa.

“Reka bentuk mangkuk berdiameter 16 sentimeter, bahkan corak bunga menggunakan teknik biru putih itu dikembangkan sepenuhnya di Cina dengan teknologi porselin pada abad ke-15.

Rumah “Nobita” sebenarnya bernilai RM2 juta

Mangkuk ini muncul ketika Dinasti Ming ketika pemerintahan Maharaja Yongle.

“Buat masa ini tiada ujian saintifik dilakukan tetapi berdasarkan pada mata kasar, ia cukup bernilai kerana melihat kehalusan seni corak dan kilauannya cukup mengagumkan,” katanya.

McAteer mengatakan setakat ini, pihaknya telah menemukan enam biji mangkuk sedemikian yang kebanyakan ditempatkan di beberapa muzium.

Terdapat dua mangkuk ditempatkan di Muzium Istana Nasional di Taipei, Taiwan, dua lagi di muzium di London dan satu di Muzium Nasional Iran di Teheran, menurut Sotheby’s.

Bagaimanapun, mangkuk terakhir telah dijual dan lokasinya masih misteri.

53 tahun Syiling Tersumbat Di Hidung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker