1,745 kes baharu Covid-19, 7 kematian

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,745 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 305,880 kes.

Kementerian Kesihatan menerusi ciapan Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,743 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 24,025 kes.

“Selain itu, terdapat 2,276 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 280,707 kes.

“Terdapat tujuh kes kematian baharu menjadikan sebanyak 1,148 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” menurut ciapan tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 195 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 95 kes memerlukan bantuan pernafasan.

COVID-19: Jangkitan berisiko cecah 1,300 kes sehari menjelang hujung Oktober

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker