Kes suami Zeti: PDRM ambil tindakan susulan

 

PETALING JAYA- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan susulan terhadap Datuk Dr. Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz.

Pengarahnya, Datuk Zainudin Yaacob berkata tindakan diambil di bawah Akta Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara.

Isu keluarga Zeti dan wang 1MDB: Kenapa SPRM masih diam? Puad Zarkashi

“Siasatan masih dijalankan terhadal Tawfiq Ayman di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 berhubung penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura.

“PDRM ingin menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebaranh kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara u tuk mendapatkan suatu keputusan,” katanya

Sah! Ahli keluarga Zeti mengaku terima wang 1MDB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker