Isu keluarga Zeti dan wang 1MDB: Kenapa SPRM masih diam? Puad Zarkashi

Terkini di My KMU !!!!---->

PETALING JAYA: Seorang pemimpin UMNO mempersoalkan Zeti Aziz dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdiam diri, ketika bekas gabenor Bank Negara itu terpalit tuduhan ahli keluarganya menerima wang 1MDB.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, SPRM harus mengeluarkan kenyataan akan menyiasat segera tuduhan membabitkan suami serta dua anak lelaki Zeti.

“Tidak berbunyi langsung Zeti bila terdedah dokumen bahawa keluarga dia terima RM100 juta dari 1MDB dan Low Taek Jho. SPRM patut keluar kenyataan siasat segera. Sudah tentu kerajaan Perikatan Nasional dituduh pilih kasih (double standard),” kata Puad dalam kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masih mengekalkan Zeti sebagai pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), memandangkan wanita itu dilantik bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Tetapi Muhyiddin masih kekalkan dia di PNB. Minggu lepas PNB umum dividen terendah, patut Zeti berhenti segera,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan akuan berkanun (SD) yang ditandatangani suami Zeti dan dua anaknya, mengesahkan mereka mengetahui wang 1MDB dimasukkan ke dalam akaun bank mereka di Singapura.

Wang itu dimasukkan ke akaun Cutting Edge Industries dan mereka bertiga mengakui ialah pemilik akaun itu, menurut SD berkenaan.

SD itu, yang dilihat FMT, adalah dokumen tulen, menurut peguam yang menandatangani dokumen itu.

Pendedahan dalam SD itu menyusuli laporan blog MalaysiaToday, yang dikendalikan Raja Petra Kamaruddin, mendakwa suami Zeti dan dua anak lelakinya menerima lebih RM100 juta daripada Low yang didakwa mendalangi skandal 1MDB.

Leave a Reply