Wajah YDP Agong Jadi Mangsa Lagi! Tunku Azizah Mahu Pelaku Diambil Tindakan
Menerusi hantaran di laman Instagram Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, permaisuri kesayangan rakyat ini menzahirkan rasa kecewa apabila wajah suami baginda yang juga Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah telah disunting dengan cara yang memalukan oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab di platform itu, dipercayai untuk menghina baginda.
Mahu Pelaku Diambil Tindakan
Menurut Tunku Azizah, individu tersebut seperti sengaja mencari kesalahan malah baginda sendiri telah menunjukkan suntingan poster tersebut kepada Sultan Abdullah. Kecewa dengan perilaku tersebut, Tunku Azizah berharap agar akaun tersebut yang didaftarkan dengan nama @bukan_bangjago segera diambil tindakan.
Ramai Yang Geram
Rata-rata pengikut akaun Tunku Azizah turut berasa geram dengan tindakan individu tersebut.
Malah menerusi carian Murai.my terhadap akaun itu mula dibanjiri dengan komen serta kecaman netizen yang menyelar kebanyakan poster tersebut seperti menghina Sultan Abdullah termasuklah menyunting bendera Malaysia dengan lambang yang tidak sepatutnya.-Murai.my
Sumber: Instagam airtangan_tunkuazizah