COVID-19: Jangkitan berisiko cecah 1,300 kes sehari menjelang hujung Oktober

PUTRAJAYA: Angka jangkitan baharu COVID-19 berisiko mencecah hingga 1,300 kes sehari menjelang hujung bulan ini, sekiranya semua pihak gagal meningkatkan tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan nilai Ro atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini.

Jika nilai Ro ialah 1.5, bermakna satu kes positif boleh menyebarkannya kepada antara satu hingga dua individu lain.

“Berdasarkan graf nilai Ro ketika ini yang masih berada pada unjuran 1.5, kes baharu boleh mencecah antara 1,200 hingga 1,300 sehari menjelang 31 Oktober depan.

“Ini perkara yang kita bimbangkan. Namun, adalah tidak mustahil untuk kita menurunkan nilai Ro itu jika ada kerjasama padu daripada semua pihak bersama Kementerian Kesihatan.

“Ketika gelombang kedua, nilai Ro mencecah 3.5 tetapi kita berjaya melandaikan lengkuk sehingga ia turun kepada 0.3.

“Oleh itu, tidak mustahil untuk kita menurunkannya sekali lagi,” katanya pada sidang media COVID-19, hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker