Suami isteri bunuh anak, dihukum gantung sampai mati

 

KUALA TERENGGANU: Tindakan tidak berperikemanusiaan pasangan suami isteri terhadap anak perempuan mereka akhirnya terbalas, apabila Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah mereka didapati bersalah kerana membunuh.

Hakim Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan tersebut ke atas Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40, yang merupakan ibu tiri mangsa, Siti Hajar, 22, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, terhadap kes pendakwaan.

Ketika penghakiman, Zainal Azman berkata berdasarkan fizikal si mati, ia jelas menunjukkan beliau telah didera, tidak mendapat rawatan kesihatan dan dibiarkan terlalu lama tanpa makanan yang cukup sehingga beratnya hanya kira-kira 18 kilogram.

Katanya, fakta tersebut (pengabaian dan penderaan) telah dimaklumkan oleh pihak pakar bedah, ketika dipanggil memberi keterangan dan ia gagal disangkal oleh kedua-dua tertuduh.

“Adalah sesuatu yang mustahil perbuatan mereka berlaku dalam tempoh sehari dua, sebaliknya mangsa mungkin menderita selama berbulan-bulan.

Gantung parlimen untuk kestabilan negara, kata Presiden MIC

“Kedua-dua tertuduh pastinya menyedari kesakitan yang dialami mangsa, namun tidak mengambil apa-apa tindakan mahupun memberi rawatan sewajarnya, sehinggalah berlaku kematian,” katanya.

Selain pasangan tersebut, dua lagi anak mereka iaitu Siti Sarah Anuar, 26, dan adik lelakinya yang kini berusia 19 tahun (ketika kejadian 14 tahun), turut didakwa atas pertuduhan yang sama, namun mahkamah telah melepas dan membebaskan mereka selepas didapati tidak bersalah.

Zainal Azman berkata Siti Sarah dan Amir Sharif turut berada dalam jagaan pasangan itu, namun tidak banyak yang boleh dilakukan, kerana turut terikat dengan tindakan ibu bapa mereka.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama-sama membunuh Siti Hajar di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai di Chukai pada 10.45 malam, 26 April 2016.

Pihak pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil 24 orang saksi, manakala tertuduh menampilkan tujuh saksi termasuk keempat-empat tertuduh.

Anwar Ketuai Pembangkang Bawa Isu Gantung Parlimen ke Mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker