Ayam Laga ‘Bunuh’ Tuan Sendiri

SEEKOR ayam laga dilapor ‘membunuh’ tuannya sendiri dalam satu acara sabung di India.

Ayam sabung yang diletakkan pisau di taji itu dipercayai mengelar tuannya dalam kejadian di Lothunur, sebuah kampung di selatan Telangana.

Ketika kejadian, pemiliknya Thanugulla Satish Goud, 45, dilapor sedang menyiapkan ayamnya untuk bersabung.



Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai ‘kodi kathi’ untuk acara sabung haram.

Haiwan itu bagaimanapun melompat dan cuba lari.

“Pisau itu terkena pada pemiliknya dan menyebabkan kecederaan serta kehilangan darah yang banyak,” lapor polis kepada Times of India.

Polis menambah, pihaknya sedang mencari mereka yang menyertai acara haram itu yang berlangsung pada 22 Februari lepas.



Ayam itu disimpan di sebuah ladang untuk tujuan keselamatan sebelum dibawa ke mahkamah kelak sebagai bukti punca kematian.

Sabung ayam diharamkan di India pada 1960 tetapi aktiviti itu diteruskan di banyak negeri terutama semasa musim perayaan.

Pada tahun lepas, seorang penonton sabung ayam meninggal dunia selepas dikelar ayam laga dalam satu acara.

Media tempatan melaporkan ayam itu panik dan meluru ke arah mangsa dikenali senagai Saripalli Venkateswara Rao yang berusia 55 tahun .



Ketua polis maut ditaji ayam laga

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker