Ketua polis maut ditaji ayam laga

MANILA – Seorang pegawai polis Filipina terbunuh semasa serbuan aktiviti laga ayam selepas bilah pisau yang dilekatkan pada taji seekor ayam jantan memutuskan salur darah utamanya, menurut pihak berkuasa hari ini.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada arteri femoral di paha kiri dan insiden ngeri itu berlaku semalam di wilayah tengah Samar Utara.

Semasa kejadian, mangsa, Leftenan Christian Bolok mengangkat salah seekor ayam laga untuk dikumpulkan sebagai bahan bukti serbuan.



Pisau itu terkena paha kiri dan mangsa mengalami pendarahan teruk hingga menyebabkan kematian, kata Ketua Polis Wilayah Kolonel Arnel Apud kepada agensi berita AFP.

“Ia satu insiden malang dan saya tiada penjelasan tentang bagaimana ia boleh berlaku.

“Sukar untuk saya percaya ketika menerima laporan mengenainya. Ini adalah kali pertama sepanjang tempoh 25 tahun berkhidmat, saya hilang anggota ketika serbuan aktiviti laga ayam,” katanya.



Seramai tiga suspek ditahan dan dua ekor ayam laga bersama dua set taji dirampas ketika serbuan di bandar San Jose. Bolok berkhidmat sebagai ketua polis di bandar berkenaan, kata Apud.

Aktiviti laga ayam bersama beberapa acara kebudayaan lain telah diharamkan semasa pandemik koronavirus bagi mengelak orang ramai berkumpul di satu tempat dan menyebarkan virus pembunuh itu.

Aktiviti laga ayam adalah sukan popular di Filipina dengan pertaruhan wang sebagai habuan. – AFP-Kosmo Online



Sumber: DailyMail.UK

Menteri PH Cap Ayam – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker