Wawa Zainal Pernah Menyesal Kahwin Dengan Aeril Zafrel
Rumah tangganya kini bahagia bersama tiga cahaya mata yang comel belaka, bagaimanapun pelakon Wawa Zainal mengakui pernah terdetik rasa menyesal berkahwin dengan suaminya pelakon Aeril Zafrel.
Menerusi satu temu bual dalam Instagram bersama Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Wawa berkata dia terkilan kerana berkahwin ketika popularitinya sedang memuncak. Wawa juga mengakui turut terbeban dengan permintaan Aeril agar dia memakai tudung sebelum keluar rumah.
“Ketika itu saya tengah popular dan berada di puncak. Apabila saya berkahwin dengan dia macam…eh menyesalnya aku kahwin dengan kau. Tak dapat semua yang aku nak, tak hidup mewah.
“Kahwin pun ada dasar cinta itu buta. Ingat lagi waktu saya free hair selepas berkahwin dia kata saya tak boleh keluar rumah kalau tak pakai tudung. Permulaan memang susah tapi lama-lama saya reda sebab tutup aurat itu wajib,” katanya.
Bagaimanapun, Wawa meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar serta banyak membimbingnya ke jalan yang diredhai.
“Kalau dia tak sabar mungkin saya dengan dia dah tak ada. Tapi disebabkan kesabaran dia, saya rasa semakin hari semakin kagum dengan sikap dia yang berjaya pimpin saya.
“Ketika zaman bujang, saya selalu berdoa kepada Allah supaya dipertemukan dengan seseorang yang boleh pimpin saya ke syurga dan perbetulkan solat saya. Alhamdulillah saya bertemu dengan dia,” katanya.
You must be logged in to post a comment.