Pengampunan hutang, cetak wang adalah teknikal, kata Wan Fayhsal

“Ramai pihak salah faham mengenai konsep ‘pengampunan hutang’ dan ‘penciptaan wang’”

Itu tegas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang ketika ini berhadapan dengan kritikan berhubung cadangannya supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Cadangan tersebut dilontarkan beliau ketika diwawancara oleh sebuah stesyen radio pada Isnin lalu.

Kata Ketua Pemuda Bersatu itu, tajuk tersebut sememangnya teknikal dan perlu dibincangkan dengan lebih lanjut.

“Nampak ramai salah faham dalam mengkritik berkenaan “pengampunan hutang” dan “penciptaan wang” yang saya kupas tempoh hari daam Bahasa Inggeris dalam siaran BFM.

Bercakap di radio BFM pada Isnin lalu, timbalan menteri itu berkata, ini boleh dilakukan dengan melupuskan hutang untuk membantu rakyat.

Katanya, ini boleh dilaksanakan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.

Malah katanya, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilaksanakan, dan negara memerlukan dasar inovatif dari bank pusat.

Ketua Pemuda PPBM gesa bank hapus hutang B40

Wan Fayhsal timbalan menteri yang tiada kualiti

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker