Dua suspek rempuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas direman

Polis telah mendapatkan perintah reman terhadap dua suspek yang bertindak ganas merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh pada Jumaat sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata perintah reman selama empat hari itu dikeluarkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah selepas kedua-dua suspek dibawa oleh polis ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari, kedua-dua suspek turut tidak mengendahkan polis ketika diminta keluar daripada kenderaan ketika pemeriksaan dilakukan sebelum melarikan diri dalam kejadian yang tular.

Polis kemudian berjaya menahan seorang daripada suspek berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun suspek kedua berusia 40 tahun dikenali sebagai Bob Mah Sing ditangkap jam 11.45 malam tadi di sebuah apartment di Shah Alam.

Hasil pemeriksaan polis mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

[VIDEO] Drama Ganas Dua Penjenayah Di Sungai Buloh.. Pemandu Cuba Rempuh Kenderaan Elak Ditahan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker