Jamal tak jadi berhimpun lepas PN tukar tempat

Jamal tak jadi berhimpun lepas PN tukar tempat

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos yang juga pemimpin Gerakan Baju Merah berkata pihaknya tidak akan terlibat berkumpul di tempat yang sama dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pemuda PN pada Sabtu ini.

Jelasnya, ini selepas penganjur perhimpunan PN itu memaklumkan acara mereka akan diadakan di Kampung Baru.



“Gerakan Baju Merah hanya akan mengadakan perhimpunan sekiranya mereka mengadakannya di Sogo atau pun Bukit Bintang.

“Seperti yang saya telah beritahu malam semalam, Bukit Bintang dan Sogo merupakan lokasi tumpuan pelancong luar negara dan himpunan itu akan menjejaskan ramai peniaga di lokasi utama bandaraya itu.

Gambar fail, demonstrasi balas Gerakan Baju Merah terhadap perhimpunan Bersih.

“Semoga perhimpunan yang dikatakan aman itu, dilaksanakan dengan penuh berhemah,” kata Jamal pada satu kenyataan malam tadi.



Perhimpunan di ibu negara Sabtu ini pada awalnya dikatakan bagi membantah keputusan keputusan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan di mahkamah.

Bagaimanapun, penganjur kemudian menjelaskan perhimpunan itu bertujuan untuk menyambut Hari Malaysia.

Penganjur pada hari ini pula mengumumkan lokasi baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ini lokasi ketiga yang diumumkan selepas pengumuman awal Sabtu lalu, bahawa ia akan diadakan sekitar pusat beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bukit Bintang.



Sabtu lalu, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari berkata sayap Pemuda PN akan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia, 16 September ini sebagai protes terhadap kes Zahid.

Dia mengumumkan himpunan itu akan diadakan di depan Sogo bertemakan pakaian putih dan membawa bendera Malaysia.

Bagaimanapun, kelmarin, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, berkata mereka akan berkumpul di Bukit Bintang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Ahmad Fadhli pada Selasa pula berkata PN terbuka untuk memindahkan perhimpunan ke jalan di hadapan Yayasan Selangor di Bukit Bintang jika tempat asal di hadapan Sogo tidak sesuai.



Dalam pada itu, polis malam tadi berkata tiada halangan terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan perhimpunan itu daripada memasuki pusat bandar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis tidak akan sampai ke tahap mendapatkan perintah mahkamah yang melarang individu yang dinamakan daripada menghadiri perhimpunan Hari Malaysia.

“Kami tidak akan sampai ke tahap itu. Kami tidak mahu bertindak keterlaluan. Kami akan bersiap siaga…

“Seperti aspirasi kerajaan…selagi ketenteraman awam tak terjejas,” katanya. Mk



Jamal tak jadi berhimpun lepas PN tukar tempat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker