Pemeras ugut warga Malaysia di Melbourne gagal rayu pembebasan awal

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Victoria menolak rayuan seorang wanita warga Malaysia mendapatkan pembebasan awal selepas cuba memeras wang $1,000 daripada ibu bapa seorang bayi yang sedang nazak di Melbourne.

Siti Nurhidayah Kamal dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memeras ugut Mac lalu selepas cuba memeras wang daripada pasangan yang terdesak untuk mendapatkan semula telefon bimbit mereka yang hilang.

Difahamkan telefon berkenaan mengandungi ratusan gambar anak perempuan mereka, Amiyah yang berusia 11 bulan.



Awal bulan ini, dia merayu, dengan alasan hukuman penjara adalah berlebihan dan hakim daerah terbabit silap kerana menyifatkan penyesalannya tidak mengurangkan “kekejaman” perbuatannya.

Tetapi rangkaian ABC Australia melaporkan bahawa ketua hakim Anne Ferguson dan hakim Stephen McLeish tidak setuju.

“Hukuman itu tidak berada di luar jangkauan yang dibenarkan,” penyiar itu memetik hakim sebagai berkata.

Mahathir : Saya atur pengampunan Anwar, tapi dia “tikam belakang” saya



“(Siti Nurhidayah) menyahut rayuan bantuan dari dua individu yang sangat rentan dan tertekan dengan mengambil kesematan ke atas mereka untuk mendapatkan keuntungan.”

Tambah mereka, Siti Nurhidayah tetap berkeras dengan ugutannya walau setelah menyedari penderitaan pasangan itu “ketika itu adalah sangat serius”.

“Seperti yang dikatakan hakim (mahkamah daerah), ia kejam dan menjijikkan.”



Siti Nurhidayah menghantar mesej kepada pasangan Jay dan Dee Windross selepas mereka meminta orang ramai untuk mencari telefon yang mengandungi beratus-ratus gambar anak mereka pada 2019.

Walaupun tidak pernah menyimpan telefon tersebut, dia tetap menuntut $1,000 dari pasangan itu walaupun diberitahu bahawa anak perempuan mereka sedang nazak.

Menurut ABC, keputusan mahkamah itu disambut baik oleh Jay yang berharap ia dapat meningkatkan kesedaran mengenai keadaan penyakit mitokondria anak perempuannya.

Katanya penderitaan yang disebabkan oleh jenayah Siti Nurhidayah masih berbekas.



“Ini hanya mengembalikan begitu banyak kenangan dan sebenarnya tidak kami undang,” kata Jay.

Peguam Jelaskan Balu Arwah Abam Tidak Saman Ibu Mentua



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker