[VIDEO] Kekasih ‘bergayut’ di telefon lebih 62 jam
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mendedahkan bahawa dia menghabiskan masa lebih 62 jam di telefon untuk berbual dengan kekasihnya, lapor portal Suara.com, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @monnono_ , wanita itu memberitahu, pada mulanya dia dan teman lelakinya berbual menerusi panggilan di aplikasi WhatsApp selama tiga hingga lima jam bermula pukul 7.45 petang (waktu tempatan).
https://www.tiktok.com/@monnono_/video/6906021965144919297?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v2&sender_device=pc&sender_web_id=6891592316085601794
Panggilan itu kemudian terputus selama setengah jam sebelum kekasihnya kembali menelefon bagi menyambung perbualan
Bermula pukul 11.53 malam (waktu tempatan), mereka berada di talian sehingga telefon itu terpadam sendiri kerana kehabisan bateri.
“Pernahkah anda berbual dengan teman lelaki di telefon lebih 60 jam sehingga ia terpadam sendiri?
“Perkara itu berlaku pada saya, setiap hari,” tulisnya pada kapsyen video.
Perkongsian itu menghiburkan warga net yang menganggap pasangan kekasih itu mabuk cinta hingga boleh berbual melebihi 60 jam.
“Perkara itu berlaku pada saya, setiap hari,” tulisnya pada kapsyen video.
Perkongsian itu menghiburkan warga net yang menganggap pasangan kekasih itu mabuk cinta hingga boleh berbual melebihi 60 jam.
“Saya hairan mengapa telefon itu tidak meletup. Kenapa perlu bercakap selama itu?” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi