TMJ ‘payung’ lebih separuh harga jersi demi penyokong

Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat ‘hadiah’ daripada pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas harga jersi di tempat lawan pasukan itu dijual pada harga yang lebih rendah daripada asal.

Ini kerana Tunku Ismail akan menanggung lebihan daripada harga jersi tersebut sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong.

Menerusi satu kenyataan di laman Johor Southern Tigers, jersi di tempat lawan dipilih sebagai hadiah istimewa kerana warna jersi itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim bersempena ulang tahun pertama stadium itu.

“Harga sebenar jersi di tempat lawan versi pemain adalah RM429 tetapi akan dijual pada harga RM185.

“Sama dengan harga jersi di laman sendiri versi penyokong. Tunku Ismail akan menanggung lebihan kos jualan jersi di tempat lawan yang dijual,” kata pasukan itu.

Kedua-dua jersi terbabit iaitu jersi di tempat sendiri dan jersi di tempat lawan diperkenalkan hari ini dan akan mula dijual di Kedai Dalam Talian JDT dan penjual rasmi bermula jam 11 pagi esok.-BH

[VIDEO] Laku Keras…Licin 48 jam Jersi Retro “Legasi Mokhtar Dahari” Bolasepak Selangor FC

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker