Posmen Lastik Anjing Guna Getah Digantung Tugas

Baru-baru ini tular satu rakaman kamera litar tutup (CCTV) memperlihatkan aksi seorang posmen melastik seekor anjing menggunakan getah di hadapan perkarangan rumah pelanggan di Kluang, Johor.

Ekoran dari kejadian tersebut, anjing berkenaan yang merupakan anjing peliharaan pelanggan difahamkan telah mengalami kecederaan pada mata kirinya .

Mengambil maklum akan kejadian tersebut, Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menerusi satu kenyataaan menjelaskan ianya sedang dalam siasatan.

Mereka dalam masa sama telah bertindak menggantung tugas individu terbabit sementara menunggu hasil siasatan.

 

“Kami sudah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Terdahulu video berdurasi 21 saat itu mula tular selepas dikongsikan Facebook Malaysia Independent Animal Rescue (Miar) sehingga membangkitkan kemarahan pencinta haiwan.

Dalam kebun getah pun boleh…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker