Suami isteri dituduh dera dua anak berusia lima, enam tahun

Suami isteri dituduh dera dua anak berusia lima, enam tahun

KUANTAN: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua anak mereka berusia lima dan enam tahun dalam kejadian pada Januari lalu.

Bapa tiri, Noor Aliff Ridzwan Zakaria, 29 dan ibu kandung, Nur Syafiqah Rosli, 28, kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan itu, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan bersama terhadap mereka di hadapan Hakim, Mohammed Mokhzani Mokhtar.



Mengikut pertuduhan pertama, Nor Aliff Ridwan dan Nur Syafiqah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki berusia enam tahun didakwa melakukan penganiayaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

Bagi pertuduhan kedua pula kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan sama terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Kedua-dua kes itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Bukit Rangin dekat sini pada Januari lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.



Kedua-dua tertuduh boleh dikenakan perintah bon berkelakuan baik dan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh dan syarat tambahan tidak boleh menghampiri mangsa yang kini berada di bawah jagaan nenek mereka sehingga kes selesai.

Pasangan itu juga diarah menyerahkan pasport dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam bela, Mohamad Hamizey Mat Taib, memohon jaminan dikurangkan kerana tertuduh lelaki bekerja sebagai pemandu lori yang berpendapatan RM2,500 sebulan, manakala wanita pula tidak bekerja.



Hakim kemudian membenarkan pasangan itu masing-masing diikat jamin RM12,000 oleh seorang penjamin sementara sebutan semula kes pada 4 Julai depan. BH

Suami isteri dituduh dera dua anak berusia lima, enam tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa



Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker