Setiap Keputusan BN Dibuat Secara Konsensus – Dr Zambry

Setiap Keputusan BN Dibuat Secara Konsensus – Dr Zambry

Apa juga keputusan dan pendirian penting yang melibatkan BN adalah dibuat secara konsensus tanpa berbelah bahagi kata Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, prinsip itu telah menjadi amalan parti sejak sekian lama yang merujuk kepada pimpinan tertinggi parti-parti komponen.

“Setiap parti komponen berhak menyuarakan pandangan mereka, tidak ada salahnya.

“Tetapi mustahaknya apabila ada satu keputusan besar yang hendak melibatkan BN, maka keputusan dibuat itu adalah konsensus, makna kata tidak ada berbelah bahagi kerana itulah prinsipnya dan amalan BN selama ini,” katanya.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata beliau akan mendapatkan pandangan pimpinan tertinggi parti komponen untuk mengadakan perbincangan berhubung keputusan UMNO menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Beliau berkata, secara dasarnya, sebarang ketetapan yang diputuskan di peringkat parti komponen, ia akan dimaklumkan dalam peringkat BN secara keseluruhan.

Setiap Keputusan BN Dibuat Secara Konsensus – Dr Zambry

“Dalam hal ini saya akan rujuk dengan pimpinan komponen terlebih dahulu kerana sepertimana kita sedia maklum, apa juga yang diputuskan di peringkat komponen, tentunya akan dimaklumkan di peringkat BN,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kotak makanan kepada lebih 400 pekerja sektor pelancongan di Pulau Pangkor pada Ahad.

Pada Jumaat, Zambry menegaskan tidak dapat mengesahkan kesahihan surat mengatakan Ahli Parlimen BN menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas memaklumkan surat dikeluarkan itu tidak berlogo dan tidak bernama.-BN Online

Setiap Keputusan BN Dibuat Secara Konsensus – Dr Zambry


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]

15,000 pokok durian Musang King ‘haram’ ditebang dalam 9 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker