Kecederaan Bella bukan disebabkan kemalangan, Mahkamah diberitahu

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa kecederaan dialami remaja perempuan Sindrom Down Bella bukan disebabkan kemalangan atau perbuatan sendiri sebaliknya disyaki terdapat unsur penderaan.

Asisten Superitendan Rohaini Baharom dari Bahagian Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, dapatan itu berdasarkan rakaman keterangan yang diambil daripada dua doktor perubatan yang merawat Bella.

“Daripada siasatan saya melalui keterangan diperolehi daripada Dr. Nizam Malik Bali Mohamed yang membuat pemeriksaan terhadap Bella mendapati, terdapat kesan kecederaan parut baharu dan lama di bahagian tubuh badan mangsa.



“Beliau berpendapat kecederaan bukan disebabkan kemalangan dan disyaki ada unsur penderaan,” kata saksi pendakwaan terakhir itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.

Menurut saksi itu lagi, selain Dr.Nizam, seorang lagi doktor iaitu Dr. Sheshadri Sridar turut mengatakan hasil pemeriksaannya terhadap Bella mendapati banyak kesan parut lama dan baharu serta kulit baharu tumbuh.

“Dr. Sheshadri juga mengatakan kecederaan berpunca disebabkan benda panas seperti minyak panas, air panas, objek panas atau puntung rokok. Kecederaan Bella bukan disebabkan kemalangan atau perbuatan sendiri serta kecederaan berlaku dalam tempoh masa panjang,” katanya lagi.

Dalam pada itu itu saksi itu turut memberitahu hasil daripada siasatan diperoleh daripada seorang lagi doktor psikiatri pula mendapati, Bella merupakan seorang kanak-kanak Sindrom Down yang tidak mempunyai masalah mental dan boleh bertutur, namun secara sepatah-sepatah.



Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun ditanya mengenai kecederaan Bella adalah satu bentuk penderaan dan bukan kemalangan berdasarkan laporan perubatan, saksi itu menjawab ia berdasarkan keterangan pakar-pakar.

“Maaf tuan hakim saya tidak sebut daripada laporan perubatan, saya sebut daripada keterangan pakar-pakar yang merawat Bella. Hasil siasatan yang saya perolehi terdapat keterangan ada berlaku penganiayaan atau penderaan yang dilakukan pada Bella,” kata saksi itu lagi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.

Siti Bainun Ahd Razali, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.



Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka



Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker