Masjid kena kompaun RM10,000 tak pamer kod QR


KUANTAN: Masjid Sri Maulana Taman Sri Maulana, Pekan dikenakan kompaun RM10,000 semalam kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, masjid berkenaan gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan seperti ditetapkan.

Susulan itu tindakan kompaun dikeluarkan pada jam 11 pagi semalam diatas nama Pengerusi Jawatankuasa Masjid atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya telah meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan pemantauan berterusan di semua masjid dan surau negeri ini.

“Kita telah meminta pasukan penguat kuasa JAIP memastikan kod QR dapat dipamerkan dan diguna setiap individu yang datang ke masjid. Mungkin ada berlaku kekhilafan oleh ahli jemaah serta pihak pengurusan masjid itu, ia di luar jangkaan kita,” katanya hari ini. BH

Diskaun 50% jika bayar kompaun langgar SOP PKP dalam 7 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker