Diskaun 50% jika bayar kompaun langgar SOP PKP dalam 7 hari


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan, mengumumkan individu yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan boleh mendapatkan potongan 50%, jika membayarnya dalam masa tujuh hari.

“Seseorang individu atau syarikat yang disaman dan dikenakan amaun tertentu, jika mereka membayar dalam tempoh satu ke tujuh hari, secara automatik dapat diskaun 50%,” katanya pada sidang media.

Mereka yang membayar kompaun dalam masa 14 hari juga akan diberi diskaun 25%, tambahnya.

Sementara itu, Takiyuddin mengumumkan pengenalan kadar berbeza mengikut tiga kategori kesalahan iaitu tinggi, sederhana, dan biasa.

Katanya lagi, orang kurang upaya dan miskin boleh merayu jika tidak mampu membayar kompaun itu. Kerajaan juga sedia pertimbangkan rayuan pelajar, B40, dan penghidap penyakit kronik.

Peraturan sebelumnya, diwartakan pada 25 Februari dan berkuat kuasa pada 11 Mac.

Setelah undang-undang baru, yang belum diwartakan ini berkuatkuasa, individu boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 manakala syarikat boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker