‘Perut saya terpaksa ditebuk’ – Cef Zam

MELIHAT figura cef selebriti terkenal, Cef Zamzani Abdul Wahab, 51, sekarang, sukar membayangkan beliau pernah seberat 136 kilogram (kg) kira-kira 12 tahun lalu.

Tanpa berselindung, beliau mesra disapa Cef Zam mengakui melakukan pembedahan bariatrik, iaitu pintasan gastrik pada 2007 dan beratnya turun kepada 78 kg.

Biarpun Indeks Jisim Badan (BMI) normal untuk ketinggian 169 sentimeter (sm) ialah lingkungan 54 hingga 73 kg, beratnya sekarang dirasakan selesa, tidak terlalu cengkung dan tampak terlalu kurus.

“Ya, saya melakukannya di sebuah hospital kerajaan dan dimasukkan ke wad selama 10 hari. Saya buat ini bukan untuk kurus saja tetapi juga menghidap darah tinggi. Saya bimbang mendapat penyakit tiga serangkai.

“Seminggu selepas bedah saya hilang lapan kg dan berterusan turun hingga berat 80 kg. Saya lega berat badan turun berbanding 136 kg sebelum ini. Kini Syukur saya tidak pernah melepasi berat itu dan berjaya turun berat sehingga kini,” katanya.

Amal gaya hidup sihat

Biarpun sudah ‘fit’, beliau tetap kekalkan gaya hidup sihat, ke gimnasium atau bermain badminton dan bergerak aktif sejak lima tahun kebelakangan ini.

“Saya ambil multi vitamin untuk kekalkan kesihatan kerana prosedur itu agak cepat turunkan berat badan. Ada bahagian tubuh menggelebeh dan tampak tidak bermaya.

“Sekarang saya tidak amalkan pemakanan khusus atau mengawal pengambilan kalori, tapi kawal makan,” katanya mudah turun dan naik berat dalam masa singkat.

Selepas pembedahan, perkara paling menarik beliau boleh melakukan aktiviti fizikal, bersenam dan jadi gaya hidup.

“Sekarang makan sedikit sudah kekenyangan. Saya berhenti makan tanpa sedar makanan habis,” katanya.

Perut terpaksa ditebuk

Beliau menasihati yang ingin melakukannya memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

“Saya akui, bukan mudah untuk kelihatan seperti ini. Perut saya terpaksa ditebuk dan tidak dinafikan mengalami komplikasi, iaitu rasa sakit-sakit,” katanya.

Tak perlu lagi makan banyak ubat

Bukan sahaja dipanggil gemuk kerana berat badan mencecah 100 kilogram (kg), malah terpaksa mengambil berbelas biji ubat setiap hari bagi merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tidak terkawal dan resdung.

Inilah realiti dihadapi Hazlina Mohamad Ariffin, 46, sehingga beliau mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik pada Januari 2018, kemudian semuanya mengubah hidupnya.

 

Hazlina menjalani pembedahan bariatrik pada 2018.
Hazlina menjalani pembedahan bariatrik pada 2018.

Justeru, pembedahan pintasan gastrik, dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bertujuan menurunkan berat badan dan merawat penyakit lain.

“Saya cepat letih, kuat berpeluh dan badan berbau hingga mengalami tekanan. Kemudian doktor cadangkan buat bariatik.

“Sekarang hidup saya lebih tenang dan tak perlu makan banyak ubat. Berat badan saya kini 60 kg berbanding 95 kg sebelum ini.

“Selepas pembedahan ini, saya tidak makan banyak. Jika terlebih makan

saya akan muntah atau rasa tidak selesa.

Jadi kena kawal nafsu makan.

“Yang paling menggembirakan saya tidak lagi perlu mengambil ubat yang banyak selain dapat menjalani hidup dengan lebih tenang serta gembira bersama keluarga. Saya dapati wajah juga kelihatan lebih muda sebagai bonus apabila berat menurun.

Ada sesetengah rakan membuat bariatrik luah rasa tertekan mungkin kerana mereka tidak dapat melawan nafsu makan, namun bagi saya sesuatu yang boleh kita tangani dan bebas penyakit daripada penyakit lain,” katanya.

Pihak hospital menyediakan pakar psikologi bagi membantu pesakit menangani masalah sebegini.

Dengkuran kuat sudah hilang

Tiada lagi dengkuran kuat dan mengganggu orang sekeliling yang berpunca daripada obesiti, selepas Mazran Meseron, 42, melakukan pembedahan gasrektomi lengan.

Juruteknik Pergigian di HUSM menjelaskan selepas pembedahan itu berat badan sebelum ini 158 kg berjaya diturunkan kepada 80 kg.

“Sebelum pembedahan pada Jun 2019, berat badan berkurangan 15 peratus atas nasihat doktor. Selepas enam bulan lakukan bariatrik berat badan turun ketara.

“Sejak itu saya jaga pemakanan yang sesuai dan aktif bersenam. Jika naik berat badan hanya satu atau dua kg, tetapi turun balik kerana ikuti diet ketat seperti makan lauk-pauk berbanding nasi.

“Ramai ingat saya kencing manis kerana badan sudah kurus. Keluarga saya gembira dengan perubahan fizikal ini dan dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan selesa dan sihat,” katanya.

[VIDEO] Michael Ang Perli Siapa Tu? – “Kurus Operate, Jual Produk Kurus, Tak Rasa Ke Hasil Yang Korang Makan Tu Haram? Sedih!!!”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker